Pages

Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Hijrah seorang perokok



Ramai antara kawan aku yang merokok, tapi tidak aku. Aku memang tidak merokok, memang sejak kecil lagi. Setakat cuba tu adalah, tapi itu hanyalah setakat cuba sahaja, sebatang tu je.. itu pun tak habis. Cuba sikit, tak sedap langsung dan terus tak hisap sampai sekarang.

Aku selalu sindir kawan aku sorang tu, memang saja je dan dia pun tahu aku memang mengata dia. Sebab dia dah janji ngan aku lama dah nak berenti merokok tapi sampai sekarang dia masih lagi.... merokok. Kalau nak cakap tak serupa bikin pun ye jugak dia ni. Takpe, selagi aku sempat, aku akan cuba buat yang terbaik untuk mereka sedarkan diri yang mungkin tak sedar tu.

Hari ni terbaca satu blog ni yang menceritakan hijrah kawannya, daripada seorang perokok tegar kepada tidak merokok langsung. Menarik, apa yang diceritakannya amat menarik sekali. Aku nak buat ni modal untuk bagi kawan aku yang sorang tu baca. Yang lain2 pun, aku akan bagi diorang baca sekali. Harap diorang pun akan sama berhijrah ke arah berhenti merokok.

Pada aku, takde faedahnya merokok ni. Pada mereka, nampak macho, lagi hensem kot... piirahh !

Ni antara sedutan kisah yang aku ambil dari blog ni:


Aku: Tapi sekarang kau dah berubah....dan kau sedar apa yang kau buat tu salah...banyak negatifnya...bukan kau tak tahu, tapi saja-saja buat tak tahu...


Kawan aku: Memang betul wey. Dan lagi satu sebab aku berhenti merokok...sebab kau. Sebab aku tak nak orang macam kau, dan orang lain yang berada di sekeliling aku time aku smoking, sakit disebabkan aku. Dan mungkin boleh mati....aku tak mahu tanggung dosa tu....

Sunday, April 3, 2011

Jom lebih sihat !



Bersenam dan bersukan adalah baik untuk kesihatan, tidak dinafikan tentang ini. Dengan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh, tubuh badan menjadi sihat. Bila badan sihat, segar... aktiviti lain dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Yelah, pergerakan menjadi tangkas, segalanya menjadi mudah... kan?


Tapi lain pula yang terjadi minggu lepas, setelah beberapa tahun tidak bersukan (ye tahun.., bukan bulan ye), aku menggagahkan diri untuk bermain badminton, atas ajakan rakan sekerja. Segalanya berjalan dengan lancar, lepas je 5.30 petang kami terus ke gelanggang badminton yang terdapat di belakang bagunan tempat aku bekerja.

Sampai sana, aku tukar pakaian, pakai kasut yang dah lama tak guna... Setelah meregangkan otot untuk seketika, kami berempat mula bermain. Tak sampai beberapa minit, tapak kasut sebelah kiri tercabut... adeh ! camne ni? Nak tak nak, aku teruskan juga bermain... Lain jugak rasanya bila sebelah kasut bertapak, dan yang sebelah lagi tidak, tak selesa pun iye jugak. Ah, lantak lah... janji boleh main.

Tak lama kemudian, tapak kasut yang sebelah lagi tercabut, ahh sudah... Akhirnya aku bermain badminton, dengan memakai kasut yang tidak bertapak. Haha... lawak betul ! Aku sempat main 2 pusingan je, tak nak lebih2... badan pun tak biasa lagi, kasut pun rasa tak selesa, licin... Hehe...

Lebih kurang pukul 7 senja, aku melangkah pulang, rakan2 yang lain masih meneruskan permainan mereka. Takpe, lain hari, kita bertarung lagi...