Pages

Tuesday, February 8, 2011

Direktori dalam sistem Linux



Ini adalah artikel tentang direktori yang ada di dalam sistem Linux. Sebagai contoh, konsep direktory ni adalah seperti konsep folder di dalam Windows. Kita ambik contoh kat partition C kita ada folder Program and files, Windows, Document and files dan sbgnya..

Yang spesel pasal Linux nie adalah die guna konsep one tree hieraracy di mana tiada konsep drive letter..cuma pakai konsep directory ja....

Okay2...kat bawah nie penerangan serba ringkasnya...


/ - Root directory untuk sistem Linux anda.(Merupakan directory utama dan teratas di dalam sistem Linux)

/boot - Disinilah kernel Linux dan semua file boot loader Linux disimpan. vmlinuz adalah nama file untuk kernel Linux.

/etc- adalah directory yang mengandungi semua configuration file untuk sistem Linux.Kesemua file yang terdapat di dalam directory ini adalah berbentuk text.

/bin, /usr/bin - adalah directory yang mengandungi kesemua program yang terdapat di dalam Linux. Directory /bin mengandungi program penting yang digunakan sistem Linux untuk beroperasi manakala /usr/bin pula adalah directory yang mengandungi aplikasi untuk program yang digunakan pengguna.

/sbin, /usr/sbin -adalah directory seperti /bin dan /usr/bin tetapi directory ini khas untuk system administration ataupun superuser (SU).

/usr -adalah directory yang mengandungi support untuk aplikasi untuk pengguna sebagai contoh seperti /usr/share/X11 (menyokong files untuk X Windows System).

/usr/local -adalah directory menyimpan semua files program yang telah di install. Program yang di maksudkan di dalam ini adalah program yang bukan berasal dari official distribution ( Kalau program yang berasal dari official distribution akan masuk kedalam directory /bin ataupun /usr/sbin)

/var -adalah directory yang menyimpan semua files yang berubah semasa sistem sedang berjalan. Sebagai contoh /var/log adalah directory yang menyimpan log files. Log files ini akan update seiring dengan sistem

/lib -adalah shared libraries (sama seperti DDLs di dalam Windows)

/home -adalah directory untuk pengguna.(sama seperti konsep folder My Documents di dalam Windows)

/root -adalah directory untuk superuser

/temp -adalah directory dimana program menyimpan temporary files mereka,

/dev -ini adalah directory istimewa kerana directory ini menyimpan files yang tidak diketahui. Sebagai contoh, Linux menganggap / melayan sesebuah devices seperti sebuah file. Sebagai contohnya, floppy disk anda, akan dikenali sebagai file /dev/fd0 ataupun hard disk pertama korang akan dikenali sebagai file /dev/sda.

/proc -ini juga adalah satu directory istimewa yang terdapat di dalam sistem Linux. Ini kerana, /proc sebenarnya tidak wujud tetapi ianya adalah virtual directory. (P/S: Cuba taip /proc/cpuinfo ke dalam terminal linux korang.)

/mnt - adalah directory yang digunakan sebagai mount points.

Kredit kepada: Forum JomLinux

Monday, January 31, 2011

Unity 2D Launcher





A few days earlier, I installed this launcher, the Unity QT Panel but unfortunately, I didn't like the way it behaved. Thus I remove the launcher and the panel through Mint's Software Manager, and then remove the unwanted packages left with

sudo apt-get autoremove

Now, I'm using the Gnome panel. I like it more, than the Unity Panel. Yes, that's me.

Thursday, January 27, 2011

Penduduk Malaysia Pengotor?



Aku agak geram, gusar dengan apa yang berlaku di sekeliling aku sekarang. Seperti apa yang kita biasa nampak hari ini, sampah boleh dilihat kat merata-rata tempat. Kat lampu isyarat, kat tepi2 jalan, kat sungai, longkang, kawasan perumahan dan lain2. Pendek kata, kat mana2 je lah. Kenapa ye?

Aku pernah nampak satu kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat, dengan selamba buka tingkap kereta dan buang satu beg plastik yang penuh dengan sampah, kat situ jugak. Lepas tu dengan selamba, tutup tingkap dan buat macam takde apa yang berlaku, tak bersalah langsung. Ada ke patut?

Pada satu pandangan, yang pengotor tu bukan rakyat Malaysia, tapi pendatang dari negara lain. Sangup buang sampah merata-rata tanpa rasa bersalah. sanggup buat macam tak nampak je, takde perasaan jijik dengan apa yang dilihat, dibuang. Eiii... Tong sampah, tempat buang sampah kan ada?

Jadi pada pandangan mereka2 ni, rakyat Malaysia takkan sampai hati kotorkan negara sendiri, cuma mereka yang bukan rakyat Malaysia je (yang takde perasaan sayangkan negara), sanggup buat kerja2 pengotor ni. Jadi yang pengotor ni, bukan rakyat Malaysia (yang sayangkan negara yang bersih), tapi mereka2 ni pendatang je, tak hiraukan negara ni bersih ke tidak. Betul?

Jadi korang ni, setakat penduduk Malaysia je ke atau rakyat Malaysia? 

Saturday, October 9, 2010

Tutorial utk auto backup guna rsync, bash dan cron



Aku buat satu tutorial hari ni. Sejak kehilangan data ketika Western Digital HDD 640 GB aku rosak, aku terus mencari satu cara utk backup data2 penting aku ke tempat lain. Akhirnya setelah mencuba beberapa cara, rsync dapat memenuhi apa yang aku inginkan. Aku ingin buat backup fail2 penting dari folder dalam Home (HDD1) aku ke HDD2. Begini caranya, untuk backup folder Documents (dalam partition Home, HDD1) aku ke folder Backup1 (dalam HDD2), ini arahan yang aku lakukan dalam terminal:

sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Documents /media/Backup1/Backup

di mana:
-av, 'a' bermaksud arkib (menyalin semua data termasuk keizinan, masa dll). 'v' bermaksud 'verbose' di mana kita boleh tahu apa yang dijalankan, baik di terminal atau pun di dalam fail log.
--delete, menyemak perubahan antara sumber dan destinasi (ia akan delete fail pd destinasi jika fail yang sama pd sumber sudah di delete)
--log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs ialah folder di mana fail log akan disimpan.
$(date +%Y%m%d)_rsync.log ialah nama fail log itu nanti, siap dengan tarikh sekali.
/media/Home/auaa/Documents adalah sumber
/media/Backup1/Backup adalah destinasi

Kita masih boleh terus melakukan arahan yang sama di terminal berulang kali..., atau untuk menyenangkan lagi diri (hehe  :D ), mari buat satu bash skrip dengan cara bawah ni. Buka apa juga teks editor kegemaran korang (aku gunakan Gedit dalam Linux Mint), salin dan tampal arahan rsync tadi macam ni:

#!/bin/bash
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Documents /media/Backup1/Backup

Simpan kat Desktop dengan menamakan fail tersebut sebagai Backup_Skrip.sh (contoh) dan jadikan ia executable dengan jalankan arahan berikut di terminal:

sudo chmod +x /home/your-username/Desktop/Backup_Skrip.sh
Gantikan 'your-username' dengan username korang, atau dengan klik kanan fail Backup_Skrip.sh itu, pilih Properties, Permissions dan kemudian tick pada kotak execute.

Kemudian, korang boleh klik dua kali fail Backup_Skrip.sh tersebut, dan arahan yang terkandung di dalamnya akan dijalankan di terminal (korang kena masukkan password) atau boleh juga gunakan cron utk lakukannya secara automatik. Begini caranya:

Salin fail Backup_Skrip.sh itu ke /root dengan menaip:
sudo cp /home/your-username/Desktop/Backup_Skrip.sh /root

kemudian taip: sudo crontab -e

korang akan nampak dalam terminal:
# m h  dom mon dow   command

di bawahnya, sila taip:
0 22 * * * /root/Backup_Skrip.sh


yang bermaksud (dari kiri ke kanan):
1. Jumlah minit selepas jam (0 hingga 59)
2. Satu jam dalam masa tentera (24 jam) format (0 hingga 23)
3. Hari bulan (1 hingga 31)
4. Bulan (1 hingga 12)
5. Hari dalam minggu (0 adalah Isnin, 7 adalah Ahad)
6. Perintah (command) yang perlu dijalankan

Jadi pada pukul 22:00 (10:00 malam) setiap hari, root akan menjalankan script tersebut, tanpa password sudo (kerana memang dijalankan sebagai root).

Sekarang tekan Control-X, kemudian "Y", kemudian tekan Enter.

Anda akan dapt lihat: 'crontab: installing new crontab'

Dan.... selesai!



Nota: boleh juga gantikan masa, tarikh, hari tersebut dengan:

@reboot     Run once, at startup
@yearly     Run once  a year     "0 0 1 1 *"
@annually   (same as  @yearly)
@monthly    Run once  a month    "0 0 1 * *"
@weekly     Run once  a week     "0 0 * * 0"
@daily      Run once  a day      "0 0 * * *"
@midnight   (same as  @daily)
@hourly     Run once  an hour    "0 * * * *

Aku guna camni (backup akan dijalankan setiap hari, jam 12.00 tengah malam):
@daily /root/Backup_Skrip.sh


Jadi sekarang korang dah tahu bagaimana nak backup fail2 penting korang secara automatik. Itu adalah contoh utk folder Documents dalam Home, boleh juga lakukan perkara yang sama pada folder2 lain. Aku buat camni:

#!/bin/bash
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Documents /media/Backup1/Backup
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Digicam /media/Backup1/Backup
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Misc /media/Backup1/Backup
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Music /media/Backup1/Backup
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Pictures /media/Backup1/Backup
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Videos /media/Backup1/Backup
sudo rsync -av --progress --delete --log-file=/media/Home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync.log /media/Home/auaa/Downloads /media/Backup1/Backup


Selamat mencuba !  ;)

My Linux Mint and Windows7 got problem



I'm not sure where the problem came from but recently I'm having problem in using both of my Mint and Windows7. I can't also access my 3rd Hard drive, 1 TB which contain my backup copies of all the important files.

In Mint, the processor seems busy handling something from the moment I logged on to Windows until now, it's been 10 minutes ! I suspected the problem is coming from my 3rd HDD.

I'm scheduling a backup using rsync everyday, my Mint will automatically backup the important folders set from Home to HDD2 and HDD3. Not sure what is wrong, the loading time now is more than the normal.

If I unplugged the HDD3, everything seems okay....