Saturday, December 3, 2011
Hijrah seorang perokok
Ramai antara kawan aku yang merokok, tapi tidak aku. Aku memang tidak merokok, memang sejak kecil lagi. Setakat cuba tu adalah, tapi itu hanyalah setakat cuba sahaja, sebatang tu je.. itu pun tak habis. Cuba sikit, tak sedap langsung dan terus tak hisap sampai sekarang.
Aku selalu sindir kawan aku sorang tu, memang saja je dan dia pun tahu aku memang mengata dia. Sebab dia dah janji ngan aku lama dah nak berenti merokok tapi sampai sekarang dia masih lagi.... merokok. Kalau nak cakap tak serupa bikin pun ye jugak dia ni. Takpe, selagi aku sempat, aku akan cuba buat yang terbaik untuk mereka sedarkan diri yang mungkin tak sedar tu.
Hari ni terbaca satu blog ni yang menceritakan hijrah kawannya, daripada seorang perokok tegar kepada tidak merokok langsung. Menarik, apa yang diceritakannya amat menarik sekali. Aku nak buat ni modal untuk bagi kawan aku yang sorang tu baca. Yang lain2 pun, aku akan bagi diorang baca sekali. Harap diorang pun akan sama berhijrah ke arah berhenti merokok.
Pada aku, takde faedahnya merokok ni. Pada mereka, nampak macho, lagi hensem kot... piirahh !
Ni antara sedutan kisah yang aku ambil dari blog ni:
Aku: Tapi sekarang kau dah berubah....dan kau sedar apa yang kau buat tu salah...banyak negatifnya...bukan kau tak tahu, tapi saja-saja buat tak tahu...
Kawan aku: Memang betul wey. Dan lagi satu sebab aku berhenti merokok...sebab kau. Sebab aku tak nak orang macam kau, dan orang lain yang berada di sekeliling aku time aku smoking, sakit disebabkan aku. Dan mungkin boleh mati....aku tak mahu tanggung dosa tu....
Labels:
Merapu kepunden,
Sihat
Monday, November 28, 2011
Muat turun dengan kelajuan 1500 kbps
Kebiasaannya kelajuan muat turun di Malaysia tidaklah selaju negara yang pesat membangun seperti di Japan, Russia. Di sini, had laju 100 kbps adalah perkara biasa untuk pengguna TM Streamyx. Lainlah jika anda melanggan TM Unifi, kelajuan yang ditawarkan memang lain dari Streamyx, memang lagu hinggakan mencecah 5 Mbps, untuk pakej terendah mereka.
Pagi ini cuba untuk memuat turun fail Linux OpenSuse 12.1, dapat kelajuan 1574 kbps macam dalam gambar atas ni. Seperti yang dilihat, fail bersaiz 662 MB, hanya 6 minit sahaja diperlukan untuk memuat turunnya. Lajuuu... :) Kalau tiap-tiap hari dapat kelajuan camni kan bagus. Mungkin disebabkan ia diambil dari server di Malaysia, jadi kelajuannya berlipat kali ganda. Kalau fail-fail lain, seperti biasa sahaja, bawah 200 kbps je.
Labels:
Linux
Saturday, November 26, 2011
Malam ni berjaga lagi
Sudah lama tidak berjaga malam, berseorangan melayari internet di kala dinihari, di saat anggota keluarga yang lain sudah lama dibuai mimpi. Malam ni, tenaga sudah dicaj seawal 8.30 malam tadi, disebabkan keletihan pada siangnya. Pukul 10 malam, isteri kejutkan bangun untuk makan malam. Saat ini, sedang menggunakan laptop untuk memuatturun beberapa fail dari Youtube, VMware dan RealityLapse.
Sebelumnya memang berhajat untuk melihat perlawanan badminton terkini Lee Chong Wei, tapi baru ini baru berkesempatan memuatturun fail yang dikehendaki dari Youtube. Memang cuba untuk perbaiki diri dalam permainan badminton. Yelah, rakan-rakan lain dah pandai, cuma saya seorang je yang masih agak amatur. tak boleh terus ketinggalan. Perlu belajar lagi, untuk sekurang-kurangnya sama taraf dengan mereka yang lain.
Siang tadi, berkesempatan memuatturun fail installer dari VMWare, untuk install VMWare Player ke dalam Linux Mint 11 ni. Cuba untuk install Arch Linux secara virtual ke dalam VMWare Player ni. Hajat di hati nak cuba-cuba dahulu, mana tahu berkenan pula nanti. Belum berkesempatan untuk cuba sepenuhnya, masih update fail2 yang diperlukan untuk guna VMWare Player ini sepenuhnya. Sesudah itu nanti, baru nak layan Arch Linux, insyaallah.
Dah lama juga tidak layan tengok episod Naruto Shippuuden. Kalau tak silap, hari tu baru tengok sampai episod 230, dan sekarang ni dalam database RealityLapse sudah ada sampai episod 237. Maknanya sudah 7 episod saya ketinggalan. Tidak boleh jadi ni, nampak sangat diri sibuk. :)
Labels:
Linux
Tuesday, November 1, 2011
Ayat Quran untuk elak sihir di Facebook?
Terbaca satu coretan, cara untuk elakkan gambar2 yang ada dalam akaun Facebook seseorang dari disihir. Antara caranya ialah dengan membaca beberapa surah dari Al-Quran, sapukan pada telapak tangan, lalu disapukan pada bahagian tubuh. Betulkah cara camni dapat elak diri dari disihir, dimana penyihir mungkin menggunakan gambar yang diambil dari Facebook?
Ada sesuatu yang tidak kena dengan ajaran ini. Ini semacam menggalakkan lagi orang ramai meletakkan gambar di internet. Kalau letak pun, ada cara untuk elak dari disihir. Kenapa camni? Kalau tidak mahu diri disihir, kan lagi senang dengan tidak upload gambar di Facebook? Lagi elok lagi (terutamanya pada kaum hawa), jangan dedahkan anggota tubuh mereka sewenang-wenangnya di internet. Lagi bagus, aman dunia. :)
Labels:
Merapu kepunden
Thursday, October 27, 2011
Real Steel & Sony DVD writer
Semalam jalan-jalan kat Sunway Pyramid, plan asal nak tengok wayang dengan keluarga. Tengok dalam senarai cerita yang ditayangkan, ada satu sahaja cerita melayu, iaitu Klip 3gp. Memandangkan datang dengan keluarga, anak-anak pula masih kecil, tak jadi nak tengok cerita tu. Bincang dengan isteri, kami setuju nak tengok cerita Real Steel.
Sampai je kat tingkat atas TGV Sunway Pyramid, fullamak... punyelah ramai orang kat situ. Masa tu pun dah pukul 4.00 petang, Real Steel start pukul 4.20 petang. Terus beratur, sambil mata melilau tengok ada lagi tak tiket. Alamak, tiket untuk Real Steel untuk tayangan 4.20 petang dah habis. Yang ada pukul 7.00 malam, banyak lagi. Bincang dengan isteri, memandangkan waktu tu nanti waktu Maghrib, jadi tak jadi nak tengok wayang.
Kami terus jalan-jalan, singgal kat Digital Centre. Kat sini banyak barangan IT yang dijual, termasuk barangan komputer dan handphone. Singgah jap kat beberapa buah kedai beli Sony DVD Writer dan kabel Audio. Pastu, terus masuk ke Jusco, ada barang nak cari sikit.
Balik rumah, pasang DVD Writer yang baru beli tadi, alhamdulillah takde masalah, semuanya ok. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)