Pages

Thursday, January 27, 2011

Penduduk Malaysia Pengotor?



Aku agak geram, gusar dengan apa yang berlaku di sekeliling aku sekarang. Seperti apa yang kita biasa nampak hari ini, sampah boleh dilihat kat merata-rata tempat. Kat lampu isyarat, kat tepi2 jalan, kat sungai, longkang, kawasan perumahan dan lain2. Pendek kata, kat mana2 je lah. Kenapa ye?

Aku pernah nampak satu kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat, dengan selamba buka tingkap kereta dan buang satu beg plastik yang penuh dengan sampah, kat situ jugak. Lepas tu dengan selamba, tutup tingkap dan buat macam takde apa yang berlaku, tak bersalah langsung. Ada ke patut?

Pada satu pandangan, yang pengotor tu bukan rakyat Malaysia, tapi pendatang dari negara lain. Sangup buang sampah merata-rata tanpa rasa bersalah. sanggup buat macam tak nampak je, takde perasaan jijik dengan apa yang dilihat, dibuang. Eiii... Tong sampah, tempat buang sampah kan ada?

Jadi pada pandangan mereka2 ni, rakyat Malaysia takkan sampai hati kotorkan negara sendiri, cuma mereka yang bukan rakyat Malaysia je (yang takde perasaan sayangkan negara), sanggup buat kerja2 pengotor ni. Jadi yang pengotor ni, bukan rakyat Malaysia (yang sayangkan negara yang bersih), tapi mereka2 ni pendatang je, tak hiraukan negara ni bersih ke tidak. Betul?

Jadi korang ni, setakat penduduk Malaysia je ke atau rakyat Malaysia? 

No comments:

Post a Comment