Pages

Monday, November 28, 2011

Muat turun dengan kelajuan 1500 kbps



Kebiasaannya kelajuan muat turun di Malaysia tidaklah selaju negara yang pesat membangun seperti di Japan, Russia. Di sini, had laju 100 kbps adalah perkara biasa untuk pengguna TM Streamyx. Lainlah jika anda melanggan TM Unifi, kelajuan yang ditawarkan memang lain dari Streamyx, memang lagu hinggakan mencecah 5 Mbps, untuk pakej terendah mereka.


Pagi ini cuba untuk memuat turun fail Linux OpenSuse 12.1, dapat kelajuan 1574 kbps macam dalam gambar atas ni. Seperti yang dilihat, fail bersaiz 662 MB, hanya 6 minit sahaja diperlukan untuk memuat turunnya. Lajuuu... :) Kalau tiap-tiap hari dapat kelajuan camni kan bagus. Mungkin disebabkan ia diambil dari server di Malaysia, jadi kelajuannya berlipat kali ganda. Kalau fail-fail lain, seperti biasa sahaja, bawah 200 kbps je.

Saturday, November 26, 2011

Malam ni berjaga lagi



Sudah lama tidak berjaga malam, berseorangan melayari internet di kala dinihari, di saat anggota keluarga yang lain sudah lama dibuai mimpi. Malam ni, tenaga sudah dicaj seawal 8.30 malam tadi, disebabkan keletihan pada siangnya. Pukul 10 malam, isteri kejutkan bangun untuk makan malam. Saat ini, sedang menggunakan laptop untuk memuatturun beberapa fail dari Youtube, VMware dan RealityLapse.

Sebelumnya memang berhajat untuk melihat perlawanan badminton terkini Lee Chong Wei, tapi baru ini baru berkesempatan memuatturun fail yang dikehendaki dari Youtube. Memang cuba untuk perbaiki diri dalam permainan badminton. Yelah, rakan-rakan lain dah pandai, cuma saya seorang je yang masih agak amatur. tak boleh terus ketinggalan. Perlu belajar lagi, untuk sekurang-kurangnya sama taraf dengan mereka yang lain.

Siang tadi, berkesempatan memuatturun fail installer dari VMWare, untuk install VMWare Player ke dalam Linux Mint 11 ni. Cuba untuk install Arch Linux secara virtual ke dalam VMWare Player ni. Hajat di hati nak cuba-cuba dahulu, mana tahu berkenan pula nanti. Belum berkesempatan untuk cuba sepenuhnya, masih update fail2 yang diperlukan untuk guna VMWare Player ini sepenuhnya. Sesudah itu nanti, baru nak layan Arch Linux, insyaallah.

Dah lama juga tidak layan tengok episod Naruto Shippuuden. Kalau tak silap, hari tu baru tengok sampai episod 230, dan sekarang ni dalam database RealityLapse sudah ada sampai episod 237. Maknanya sudah 7 episod saya ketinggalan. Tidak boleh jadi ni, nampak sangat diri sibuk. :)

Tuesday, November 1, 2011

Ayat Quran untuk elak sihir di Facebook?



Terbaca satu coretan, cara untuk elakkan gambar2 yang ada dalam akaun Facebook seseorang dari disihir. Antara caranya ialah dengan membaca beberapa surah dari Al-Quran, sapukan pada telapak tangan, lalu disapukan pada bahagian tubuh. Betulkah cara camni dapat elak diri dari disihir, dimana penyihir mungkin menggunakan gambar yang diambil dari Facebook?

Ada sesuatu yang tidak kena dengan ajaran ini. Ini semacam menggalakkan lagi orang ramai meletakkan gambar di internet. Kalau letak pun, ada cara untuk elak dari disihir. Kenapa camni? Kalau tidak mahu diri disihir, kan lagi senang dengan tidak upload gambar di Facebook? Lagi elok lagi (terutamanya pada kaum hawa), jangan dedahkan anggota tubuh mereka sewenang-wenangnya di internet. Lagi bagus, aman dunia. :)