Pages

Friday, April 29, 2011

Pasang Ubuntu 11.04



Aku tak sabar nak pasang Ubuntu 11.04, nak tengok camana penggunaan Unity di samping Gnome 3. Balik rumah, sembahyang dulu... teruskan usaha nak transfer fail iso tu ke PC, sebelum burn ke CD.

Tak tahu apa yang berlaku, rasanya sebelum ni ok je. Aku tak dapat nak transfer fail Ubuntu 11.04 yang baru aku muat turun, dari telefon SE C510a ke PC, melalui USB. Melalui Windows 7 takleh, melalui Mint takleh, melalui Ubuntu pun takleh...

Padahal tadi elok jer aku transfer masuk ke telefon ni guna PC lain, ok jer.... Maknanya bukan telefon Sony Ericsson ni yang bermasalah, ada sesuatu yang tak kena dengan PC ni lah ni.


Sudahnya, terpaksalah aku transfer melalui bluetooth. Sejam setengah tu.... Boleh tido dulu nih. Dibiarkan lama sikit, dekatkan lagi phone dengan Bluetooth Dongle, haa... cepatlah sikit transfer rate, 170 kb/s.


Wednesday, April 20, 2011

Hidup ini indah



Iye, hidup ini indah, penuh dengan ranjau duri, penuh dengan cabaran. Kita mahukan suatu perkara terjadi dengan cara kita, tapi pada pandangan lain, cara mereka adalah lebih baik. Haruskah kita menegakkan diri, mengatakan cara kita lebih baik, pertahankan ego yang sedang membara di dada? Padahal dengan cara lain, mungkin lebih sesuai dengan situasi dan masa tersebut.

Tidak semua yang kita mahukan, kita akan dapat, tetapi kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita perlu mengenang kembali keadaan diri, keupayaan yang membolehkan kita berdiri, berada di tempat yang kita ada sekarang.

Kita perlu belajar berterima kasih, dan perlu juga meminta maaf bila perlu, walaupun perkataan 'maaf' itu adalah ayat keramat yang sukar sekali dilafazkan oleh sesetengah daripada kita. Betul kan?

Apa jua yang berlaku, pasti ada sebab disebaliknya. Mungkin kita tidak nampak indahnya pada pandangan mata kita, tapi pada yang lain, pasti ada... Inilah dia kesiambungan hidup, sesuatu mendapat manfaat daripada kerugian pihak yang lain.

Indahnya hidup ini. Aku bersyukur kepadamu ya Allah !

Tuesday, April 19, 2011

Backup fail penting



Dah lama tak backup fail2 penting dalam PC ke HDD 1 TB yang aku simpan berasingan, di luar casing komputer. Jadi hari ini, setelah lebih kurang sebulan rasanya, aku backup lagi fail2 aku.


Ini adalah arahan rsync yang aku gunakan untuk aktiviti backup tersebut. Backup dari Home ke HDD 320 GB, yang aku labelkan Backup1. HDD 1 TB pula aku labelkan sebagai Backup2.


#!/bin/bash
OPTION1="-av --progress"
OPTION2="-av --progress --delete"
LOG="--log-file=/home/auaa/Documents/Rsync_Logs/$(date +%Y%m%d)_rsync_Home2Bckp1.log"
SOURCE1="/home/auaa"
SOURCE2="/media/Backup1/Backup"
DEST1="/media/Backup1/Backup"
DEST2="/media/Backup2/Backup"
DEST3="/media/Backup2nd/Backup"
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Desktop $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Downloads/"DeVeDe & k3b TMP" $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Digicam $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Documents $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/JDownloader $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Misc $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Music $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Pictures $DEST1
sudo rsync $OPTION1 $LOG $SOURCE1/Videos $DEST1
sudo rsync $OPTION2 $LOG $SOURCE1/Downloads $DEST1


Saja buat cara camni, tak mahu insiden lama berulang kembali. Jadi jika apa2 terjadi kat komputer, fail2 penting masih ada salinan di tempat lain. Selain HDD 1 TB ni, aku ada 2 lagi HDD 320 GB dalam casing PC ni.

Monday, April 18, 2011

Buah cempedak di luar pagar



Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Aku seorang baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Camtulah boleh diibaratkan, aku yang baru setahun jagung dalam dunia blog ni, nilah dia, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba. Sebelum ni, aku ada nyatakan yang ada di antara gambar aku hilang. Rupanya tidak, gambar2 tersebut masih ada dalam album Picasa aku, cuma aku yang tersalah setting, dan gambar2 tersebut tidak keluar dalam blog. Haha....

Sapa ada galah? Pinjam.... eheh...

Wednesday, April 6, 2011

Gambar kat blog hilang !



Aiseh, tak tahu camne boleh jadi camni. Semenjak dua ni, memang perasan yang ada di antara gambar yang pernah diletakkan dalam blog ni, dah takde. Apa dah jadi? Bile klik je, akan keluar error macam kat bawah ni.



Antara entry yang kehilangan gambar:

Apa sudah jadi wahai Google, Blogspot? Sapa nak jawab ni?

Sunday, April 3, 2011

Jom lebih sihat !



Bersenam dan bersukan adalah baik untuk kesihatan, tidak dinafikan tentang ini. Dengan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh, tubuh badan menjadi sihat. Bila badan sihat, segar... aktiviti lain dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Yelah, pergerakan menjadi tangkas, segalanya menjadi mudah... kan?


Tapi lain pula yang terjadi minggu lepas, setelah beberapa tahun tidak bersukan (ye tahun.., bukan bulan ye), aku menggagahkan diri untuk bermain badminton, atas ajakan rakan sekerja. Segalanya berjalan dengan lancar, lepas je 5.30 petang kami terus ke gelanggang badminton yang terdapat di belakang bagunan tempat aku bekerja.

Sampai sana, aku tukar pakaian, pakai kasut yang dah lama tak guna... Setelah meregangkan otot untuk seketika, kami berempat mula bermain. Tak sampai beberapa minit, tapak kasut sebelah kiri tercabut... adeh ! camne ni? Nak tak nak, aku teruskan juga bermain... Lain jugak rasanya bila sebelah kasut bertapak, dan yang sebelah lagi tidak, tak selesa pun iye jugak. Ah, lantak lah... janji boleh main.

Tak lama kemudian, tapak kasut yang sebelah lagi tercabut, ahh sudah... Akhirnya aku bermain badminton, dengan memakai kasut yang tidak bertapak. Haha... lawak betul ! Aku sempat main 2 pusingan je, tak nak lebih2... badan pun tak biasa lagi, kasut pun rasa tak selesa, licin... Hehe...

Lebih kurang pukul 7 senja, aku melangkah pulang, rakan2 yang lain masih meneruskan permainan mereka. Takpe, lain hari, kita bertarung lagi...