Pages

Thursday, October 27, 2011

Real Steel & Sony DVD writer



Semalam jalan-jalan kat Sunway Pyramid, plan asal nak tengok wayang dengan keluarga. Tengok dalam senarai cerita yang ditayangkan, ada satu sahaja cerita melayu, iaitu Klip 3gp. Memandangkan datang dengan keluarga, anak-anak pula masih kecil, tak jadi nak tengok cerita tu. Bincang dengan isteri, kami setuju nak tengok cerita Real Steel. 

Sampai je kat tingkat atas TGV Sunway Pyramid, fullamak... punyelah ramai orang kat situ. Masa tu pun dah pukul 4.00 petang, Real Steel start pukul 4.20 petang. Terus beratur, sambil mata melilau tengok ada lagi tak tiket. Alamak, tiket untuk Real Steel untuk tayangan 4.20 petang dah habis. Yang ada pukul 7.00 malam, banyak lagi. Bincang dengan isteri, memandangkan waktu tu nanti waktu Maghrib, jadi tak jadi nak tengok wayang. 

Kami terus jalan-jalan, singgal kat Digital Centre. Kat sini banyak barangan IT yang dijual, termasuk barangan komputer dan handphone. Singgah jap kat beberapa buah kedai beli Sony DVD Writer dan kabel Audio. Pastu, terus masuk ke Jusco, ada barang nak cari sikit.

Balik rumah, pasang DVD Writer yang baru beli tadi, alhamdulillah takde masalah, semuanya ok. :)

No comments:

Post a Comment