Saturday, March 26, 2011

Mimpi mainan tidur?



Hari ini tidur agak awal dari hari-hari yang lain, mungkin kepenatan dek kerja di siang hari tadi. Sedang ayik dibuai mimpi yang indah, eh bukan indah mana pun... ketika itu sedang membuat, mengemas rumah lebih baik, dan ada tetamu datang. Ada yang menaiki motor dari arah belakang rumah, dan ada yang dari depan dengan menaiki kereta.

Sedang asyik melayan tetamu, terlihat ada kelibat orang di bawah rumah. Eh, pencuri !!  "ada orang.. !!", aku menjerit, cuba memberitahu ahli keluarga yang lain tentang kehadiran yang tidak diduga itu. Kali ketiga menjerit, baru keluar suara dari kerongong, dan aku dapat dengari sendiri jeritan tu... lalu aku terjaga dari tidur. Astaghfirullahalazim... Apa makna semua ni, mainan tidur?

Aku bingkas bangun, baca ayat pendinding, lalu terus ke bilik air mengambil wuduk dan sembahyang isyak yang belum aku tunaikan. Alhamdulillah tiada apa2 yang buruk berlaku, itu hanyalah mainan tidur.

No comments:

Post a Comment