Wednesday, May 18, 2011

k3b bermasalah?



Hajat di hati nak layan movie malam ni kat TV ngan keluarga. Sebelum tu kena burn cerita tu dulu ke dalam DVD R/W. Macam biasa, aku convert movie tu guna program DeVeDe, 40 minit lebih pastu siap.

Kemudian, cuba burn guna k3b..., macam biasa masukkan DVD R/W yang biasa aku gunakan untuk burn cerita. Tak boleh... cuba sekali lagi, tak boleh jugak, ada error. Apa hal pulak ni? Ada masalah dengan DVD R/W ni kot...

Takpe, aku gunakan pulak DVD +R, takpelah.. sekeping je guna, masa yang diluangkan dengan keluarga lebih berharga daripada harga DVD ni sekeping. Eh, takleh gak.... Aku cuba sekeping lagi DVD +R, takleh gak. Dah, aku fed-up... Last2 aku tengok cite tu kat monitor komputer ni je, ceh...

Keesokan harinya, login ke Windows 7, cuba burn fail iso yang sama menggunakan program ImgBurn. Boleh pulak... Apa kes ni, dah sah... bukan masalah DVD writer ni. Ni mesti berpunca dari program k3b dalam Linux Mint tu sendiri.

Nanti2 nak cuba burn guna Brasero lak, kalau takleh gak, memang Mint ni yang ada masalah. Takpe, tunggu dan lihat hasilnya nanti.

No comments:

Post a Comment