Pages

Tuesday, February 8, 2011

Direktori dalam sistem Linux



Ini adalah artikel tentang direktori yang ada di dalam sistem Linux. Sebagai contoh, konsep direktory ni adalah seperti konsep folder di dalam Windows. Kita ambik contoh kat partition C kita ada folder Program and files, Windows, Document and files dan sbgnya..

Yang spesel pasal Linux nie adalah die guna konsep one tree hieraracy di mana tiada konsep drive letter..cuma pakai konsep directory ja....

Okay2...kat bawah nie penerangan serba ringkasnya...


/ - Root directory untuk sistem Linux anda.(Merupakan directory utama dan teratas di dalam sistem Linux)

/boot - Disinilah kernel Linux dan semua file boot loader Linux disimpan. vmlinuz adalah nama file untuk kernel Linux.

/etc- adalah directory yang mengandungi semua configuration file untuk sistem Linux.Kesemua file yang terdapat di dalam directory ini adalah berbentuk text.

/bin, /usr/bin - adalah directory yang mengandungi kesemua program yang terdapat di dalam Linux. Directory /bin mengandungi program penting yang digunakan sistem Linux untuk beroperasi manakala /usr/bin pula adalah directory yang mengandungi aplikasi untuk program yang digunakan pengguna.

/sbin, /usr/sbin -adalah directory seperti /bin dan /usr/bin tetapi directory ini khas untuk system administration ataupun superuser (SU).

/usr -adalah directory yang mengandungi support untuk aplikasi untuk pengguna sebagai contoh seperti /usr/share/X11 (menyokong files untuk X Windows System).

/usr/local -adalah directory menyimpan semua files program yang telah di install. Program yang di maksudkan di dalam ini adalah program yang bukan berasal dari official distribution ( Kalau program yang berasal dari official distribution akan masuk kedalam directory /bin ataupun /usr/sbin)

/var -adalah directory yang menyimpan semua files yang berubah semasa sistem sedang berjalan. Sebagai contoh /var/log adalah directory yang menyimpan log files. Log files ini akan update seiring dengan sistem

/lib -adalah shared libraries (sama seperti DDLs di dalam Windows)

/home -adalah directory untuk pengguna.(sama seperti konsep folder My Documents di dalam Windows)

/root -adalah directory untuk superuser

/temp -adalah directory dimana program menyimpan temporary files mereka,

/dev -ini adalah directory istimewa kerana directory ini menyimpan files yang tidak diketahui. Sebagai contoh, Linux menganggap / melayan sesebuah devices seperti sebuah file. Sebagai contohnya, floppy disk anda, akan dikenali sebagai file /dev/fd0 ataupun hard disk pertama korang akan dikenali sebagai file /dev/sda.

/proc -ini juga adalah satu directory istimewa yang terdapat di dalam sistem Linux. Ini kerana, /proc sebenarnya tidak wujud tetapi ianya adalah virtual directory. (P/S: Cuba taip /proc/cpuinfo ke dalam terminal linux korang.)

/mnt - adalah directory yang digunakan sebagai mount points.

Kredit kepada: Forum JomLinux

No comments:

Post a Comment