Wednesday, February 23, 2011

Facebook: bagaimana utk disable cara paparan gambar yg baru, dan dapatkan cara lama?



Seperti yang kita sedari, baru2 ini FB telah memperkenalkan cara baru utk paparkan gambar2 dalam profile seseorang. Ada yang suka, dan ada juga yang tidak suka dengan kaedah baru ini, agak melecehkan. Cara lama lebih baik, mungkin itu dalam fikiran kebanyakan pengguna FB.

Untuk melihat gambar2 dalam simpanan dengan cara lama, ada 2 cara. Pertama, pergi ke address bar, padamkan perkataan "&teater" di hujung sekali (ketika melihat gambar), dan tekan Enter.



dan ini hasilnya, gambar akan dipaparkan dengan cara lama.



Kedua, tekan butang F5 pada papan kekunci (ketika melihat gambar). Kedua-dua cara akan memberikan hasil yang sama. Begitulah caranya. Mana lebih senang? 

No comments:

Post a Comment