Pages

Sunday, February 13, 2011

Sepagi di bengkel membaiki kereta



Hari ni bermula dengan indah sekali, matahari memancar menyinar bumi hingga ke petang. Aku bangun agak awal hari ini sebab semalam tidur awal, tak dapat nak tahan ngantuk masa tengok cerita The Independence Day malam tadi.

Adik aku membeli sebuah kereta Proton Gen2 dari sebuah kedai kereta terpakai di sekitar Shah Alam. Ketika mengambil kereta tersebut beberapa minggu lalu, pemunya kedai berjanji yang kos untuk memperbaiki bahagian2 yang sepatutnya dibaiki, diberi secara percuma jika dibuat di bengkelnya, di Cheras.



Kami bertolak dari rumah ke bengkel tersebut lebih kurang pukul 9 pagi, dan alhamdulillah sampai juga di bengkel tersebut berpandukan peta yang dilakar oleh pemunya kedai. Kemudiannya, kami berjumpa dengan pekerja bengkel tersebut dan menerangkan tujuan kami datang. Kami meminta untuk membetulkan:

1. Pintu sebelah penumpang (depan) yang tidak boleh ditutup dengan biasa, perlu ditarik/ditolak dengan kuat untuk menutupnya.
2. Alignment kereta
3. Bunyi dari tayar depan.
4. Bunyi bising di bahagian enjin yang dipercayai berpunca dari belt
5. Cermin pintu sebelah penumpang (depan) yang perlahan untuk turun/naik.
6. Pemain CD yang tidak boleh memainkan CD, akan keluar perkataan 'error'

Masalah 1 dan 2 dapat dibaiki, walaupun tidak berpuas hati dengan alignment yang masih tidak sempurna, kereta masih lagi menghala ke kiri jika tangan dilepaskan semasa memandu. Masa tu dah menghala balik ke rumah (ingat nak test), dah malas dah nak berpatah balik ke kedai tersebut untuk komplen, meingatkan layanan yang buruk.



Masalah 3, bunyi dari tayar depan berpunca dari lining brek yang sudahpun haus. Pekerja tersebut membuka tayar depan dan kemudian menunjukkan lining lama dan menggantikan dengan yang baru. Aku bertanyakan harga yang harus dibayar. RM85 katanya, tanpa upah. Aku berasa harga itu agak mahal lalu menghubungi rakan untuk mengetahui harga bahan ganti sebenar, dan aku diberitahu ia adalah sekitar RM55 untuk jenama Mintye (agak baik). Tapi untuk lining brek yang diganti adalah jenama CN (dari China agaknya), yang aku rasa harganya sepatutnya lebih rendah lagi dari jenama Mintye.

Untuk masalah 4, pekerja tersebut hanya meletakkan sejenis minyak yang dikatakan melembabkan belt yang dikatakan sudah kering. Agak puas juga meyakinkan yang dia perlu melakukan lebih dari itu, termasuk menukar kepada belt yang baru tetapi tidak diendahkan. Aku kemudian beritahu bosnya, dan dia meminta pekerjanya untuk adjust sahaja. Takde adjust apa pun, setakat letak minyak tu je.

Masalah 5 dan 6 langsung tidak dapat diselesaikan, sedangkan untuk mendapat servis bagus dan harga yang berpatutan agak sukar, inikan pula untuk meminta membaiki bahagian lain. Kami dah hilang fokus untuk membetulkan bahagian yang sepatutnya.

Akhirnya, kami terima bil sebanyak RM80. Aku minta supaya dikurangkan, bos bengkel tersebut mengurangkan kepada RM78. Aku ayat lagi, tapi dapat RM75 je, untuk kos menukar lining brek depan, sepasang. Kalau ikut logik pun, mahal kan? Terpaksalah bayar jugak harga tu, isk isk.

Kesimpulannya, apa yang dapat aku perhatikan, kedai ini tidak begitu melayan pelanggan yang datang dengan baik. Mentang-mentanglah kami berdua datang untuk mendapatkan servis percuma, maka layanan tidak diberikan seperti sepatutnya. Mereka menaikkan harga ke taraf yang mereka mahukan, dan agak susah untuk tawar menawar. Puas juga bertegang urat dengan pekerja tersebut, cuba dapatkan apa yang boleh, kalau tak dapat, lain cerita, janji cuba. Ini adalah kali pertama dan terakhir aku ke kedai tersebut, maleh dah den.

Nasihat aku, fikirlah baik2 jika hendak membeli kereta terpakai. Pastikan kereta dipandu uji dahulu, dan pastikan bahagian2 lain berfungsi dengan sempurna ketika mengambil kunci. Kalau nak best lagi, ambil kereta baru terus, memang kompom baik punya.

No comments:

Post a Comment