Tuesday, February 22, 2011

Internet oh internet !






Kalau dulu, asal bukak je PC, chat. Tak sah kalau tak chat, tak kisah lah melalui Alamak ke, Yahoo Chat ke, Yahoo Messenger ke... janji chat. Yang tak kenal pun boleh jadi kenal. Layan...

Pastu tak lama kemudian, berforum. Join forum itu, forum ini. Dengan forum jugaklah skil komputer aku sekarang berkembang. Belajar itu ini daripada member forum yang lain, sama2 selesaikan masalah member lain yang bukak topik masalah mereka kat forum. Macam2 boleh jumpa kat forum ni, lagu, cerita dan macam2 hal lain.

Sekarang ni dah tak tau nak buat apa dah, nak kata mati kutu pun iye jugak. Nak main game, boring dah rasanya. Last2 aku layan je Google Reader, baca posting member lain kat blog diorang. Haha... !

No comments:

Post a Comment